Thursday, October 15, 2009

14 - 16 Oktober 2009
Kursus penulisan laporan kajian tindakan peringkat negeri Kedah kt Berjaya Hotel P.Pinang.

Sunday, September 6, 2009

My 1st kek lapis


akhirnyaaaa berjaya gak buat kek lapis sendiri...KEK LAPIS SEMARAK BANGSA dgn dibantu oleh mak dan anak kesayangan haha
raya nanti nak wat sebijk lagiii hohoho

Monday, July 6, 2009

KEK LAPIS SEMARAK BANGSA

Bahan-bahan
10 biji telur
16oz mentega
1 tin kaya (tin tinggi)
2 gelas tepung gandum
1/2 gelas gula halus
1/2 gelas horlick
2 sudu teh nescafe
1/2 botol coklat rice
pewarna hijau merah kuning coklat

cara-cara
Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan putih
masukkan telur satu persatu sampai habis.
Masukkan kaya, susu, tepung.
Gaul rata.
bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
1. warna kuning - masukkan 1/2 gelas horlick
2. warna merah - masukkan 1/2 botol coklat rice
3. warna coklat - masukkan 2 sudu nescafe

setelah semua adunan sebati, barulah dibakar dengan menggunakan api bahagian atas sahaja.
sapukan adunan dengan mentega terlebih dahulu.

kek Lapis Bendera Malaysia

Bahan-bahan
10 biji telur ayam
1 tin mentega 16oz/454g
2 gelas tepung gandum (gelas tinggi)
1 gelas horlick putih
4 sudu peanut butter
1/2 tin susu manis
1/2 gelas gula halus 225g
1/2 sudu teh essence vanilla
pewarna hijau kuning merah
acuan 8" x 8"

Cara-cara
1. pukul mentega & gula hingga putih
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan peanut butter
4. masukkan susu
5. masukkan essence vanilla
6. masukkan tepung gandum
7. kacau rata-rata
8. adunan di bahagi 3 (hijau, kuning, merah)
9. Ambil 1 senduk adunan hijau, kukus hingga masak.
10. kemnudian kuning dan merah sampai habis.

Friday, May 22, 2009

Kursus Peningkatan Kemahiran ICT

Dah lama tak sign in this blog...tak sempat la kononnya.
Hari ni kursus buat blog kat sekolah....banyak perkara yang perlu aku update my knowledge... dah lama aku tinggalkan bidang it ni dah berkarat hehehe

Kak Wan jadi fasi untuk hari ni.