Tuesday, December 7, 2010

KSSR

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21

Transformasi KK pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara kita pada tahun 2011 bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.

Melalui transformasi KK, KBSR diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai KSSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah. P&P akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks.


maklumat lanjut KSSR :

http://www.moe.gov.my/bpk/

Monday, December 6, 2010

Pengakhiran yang Sempurna

06 Disember bersamaan dengan hari terakhir tahun 1431 Hijrah.
exam kimia SPM dh selesai tepat jam 3.30 petang.....alhamdulilah, segala ilmu yg telah d ajar telah d terjemahkan d dalam beberapa helai kertas...:)


7 Disember 2010... 1 Muharam.....Salam maal hijrah......1 perjuangan...akan bermula...




kata2 mantan PM negara kita...

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya


kata2 seorang guru kimia SMK Agama Baling hehehehh...

bukan kecil tugas kita
bukan sekadar mengajar 7 pagi hingga 2 petang
bukan sekadar menanda buku2 latihan
bukan sekadar menanda kertas2 peperiksaan

tetapi lebih daripada itu...
gurulah tukang kebun d awal pagi
gurulah kerani
gurulah akauntan
guru juga kaunselor
Gurulah penganalisis data
guru juga ada ketikanya menjadi doktor
ada ketikanya menjadi pengawal keselamatan
ada ketikanya menjadi polis...
dan yang paling penting
gurulah DAI'E... penyambung wadah perjuangan nabi kita...Nabi Muhammad SAW..



kata2 Usman Awang 1979....Guru oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



.

Sunday, December 5, 2010

Detik Menjelang 6 Disember 2010...

cm na nk mula ntahhh...hmmm
menjelang 6 Disember 2010, tarikh keramat utk
anak2 murid kesayangan aku
ambik exam kimia. cikgu yang neves ngalah
kan anak murid hehhe
aku mengharapkan seramai mungkin dapat A.
Nak pecah rekod dapat anugerah mata pelajaran terbaik Peringkat Daerah Baling Sik...mampukah kami??? segala usaha telah di curah, aku berserah pada ALLAH.












Bermula 03 Disember seawal jam 9.00 pagi... bersama 5 Al-khwarizmi...LT program

sehingga 12.00 tengah hari. then followed by 5 Ar-Razi from 3.00 pm till 6.00 pm.
malam bersambung lagi dgn 5 Al-Khwarizmi...till midnight.
dengan melihat kesungguhan depa ni, harapnya segala ilmu yang dicurah selama 2 tahun ni dapat diserap oleh mereka...mereka lah my 1st baby....yg aku asuh, didik dan bimbing mengenal KIMIA....


04 Disember 2010...bersama 5
Al-Kindy...kelas yang tekun dan aktif, pengubat hati guru2...

05 Disember...Asrama putera dan puteri....penutup LT programme....
Semoga kejayaan milik mereka...ameennn.





Together We Achieve More...

Tuesday, November 30, 2010

Kem Kepimpinan 1/2011

26 - 28 November 2010
Kem PLKN Sg Limau, Baling
49 orang Pengawas dan BADAR



Ketua Fasi: Mohd Faiz Zakaria..berkarisma & ideal...



Kaunselor Cemerlang SMK Agama Baling....sahabat setia....



Meminjam kata2 penghuluwati Laila azwa...
SOLUSI~fOkuS+OuT oF thE bOx
+kErjA kErAs+tAwAkaL....
mUst hAvE in oUr mInd...

01/12/10

Bismillahirahmanirrahim....setahun lebih tk bukak n tk buat apa2 dgn blog ni. Cuma sekarang ni ada skit masa terluang, so
nk cuba la mentenkan menulis blog. heheh berjayakah aku????
hmmm mulai 01 December 10 berazam utk mengaktifkan blog nih...cee wahhh hahahha
wish me good Luck!!!

Thursday, October 15, 2009

14 - 16 Oktober 2009
Kursus penulisan laporan kajian tindakan peringkat negeri Kedah kt Berjaya Hotel P.Pinang.

Sunday, September 6, 2009

My 1st kek lapis


akhirnyaaaa berjaya gak buat kek lapis sendiri...KEK LAPIS SEMARAK BANGSA dgn dibantu oleh mak dan anak kesayangan haha
raya nanti nak wat sebijk lagiii hohoho